Mengatur Sumber Tenaga Mengikut Islam


Krisis bahan bakar di saat ini berpunca daripada pemimpin kita hari ini mengguna pakai aturan sistem kapitalisme dalam menguruskan sumber tenaga alam. Mengguna pakai sistem ekonomi kapitalisme menyebabkan hasil alam ini dikuasai sepenuhnya oleh syarikat-syarikat asing atau tempatan seperti mana yang berlaku di Malaysia sekarang. Shell dan Exxon Mobil adalah syarikat carigali asing yang sedang giat menjalankan eksplorasi dan eksploitasi minyak di Malaysia disamping itu syarikat tempatan Petronas bersaing dengan mereka dalam pertarungan yang menguntungkan ini.
Rakyat Malaysia begitu begitu berbangga dengan kejayaan Petronas meletakkan statusnya sebagai syarikat minyak multinasional antarabangsa tanpa menyedari yang bahawa Petronas itu sendiri telah menjadi syarikat kapitalis yang kerjanya mengaut hasil bumi dan meraih keuntungan daripada esploitasinya terhadap minyak dan gas.
Dalam sistem kapitalisme, syarikat yang mendapat konsesi carigali minyak daripada negara memiliki telaga minyak tersebut sehinggalah tempoh perjanjian konsesi tamat. Selama mana mereka berada minyak mentah yang diperolehi menjadi milik mereka. Negara yang memberi konsesi memperolehi bahagian daripada hasil minyak itu melalui pajakan konsesi, cukai, duti dan royalti sahaja. Negara yang sepatutnya mengurus sumber tenaga alam itu kini melepaskannya tanggungjawab tersebut dan membiarkan syarikat-syarikat minyak mengeksplotasinya. Kenapa pemerintah Malaysia sanggup berbuat demikian? Ini disebabkan oleh desakan barat melalui organisasi antarabangsa seperti IMF dan World Bank untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih liberal kepada pelabur-pelabur asing. Disamping itu dengan berbuat demikian, individu-individu yang memerintah dan para kapitalis dapat bersama-sama mengaut keuntungan hasil daripada penswastaan ini.
Menyentuh sedikit mengenai keuntungan Petronas, merujuk akhbar Berita Harian 29hb.Jun 2007, keuntungan bersih sebelum cukai adalah RM76.3 billion. Persoalannya adalah RM76.3 billion ini adalah milik siapa? Milik Petronas, milik kerajaan atau rakyat?
Aturan Islam terhadap sumber tenaga alam.
Dalam pandangan Islam sumber tenaga alam termasuk dalam pemilikan umum iatu hak milik rakyat secara keseluruhan. Ini disandarkan kepada hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

Kaum Muslim bersekutu (memiliki hak yang sama) dalam tiga perkara ;air, padang rumput dan api. (HR Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Ia datang kepada Rasulullah saw meminta(konsesi) garam. Beliau lalu memberikannya. Setelah ia pergi ada seorang lelaki bertanya kepada beliau. “Wahai Rasulullah, tahukah apa yang engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikan sesuatu bagaikan air mengalir.” Lalu ia berkata : kemudian Rasulullah saw pun menarik kembali konsesi itu darinya. (HR Abu Daud)
Bersandarkan kedua hadis ni jelas sumber tenaga alam adalah termasuk dalam pemilikan umum kerana dua aspek iaitu; termasuk dalam kata api serta tersedia dalam jumlah besar bagaikan air yang mengalir tidak putus-putus. Kerana segala sumber tenaga alam seperti petroleum, gas asli, arang batu, sumber tenaga nuklear, geotermal, hidropower, termaelektrik dan sebagainya adalah termasuk dalam pemilikan umum maka aktiviti carigali dan eksploitasi sumber tenaga alam harus merupakan industri milik umum.
Pemilikan terhadap industri meliputi pemilikan atas modal, alat produksi, pengelolaan, dan hasil produksi. Islam meletakkan pemilik kepada industri umum ini adalah rakyat. Negara mewakili rakyat dalam menguruskan industri milik umum ini. Dengan demikian, industri yang bergerak di sektor pemilikan umum harus berupa Badan Usaha Milik Negara(BUMN) bukan syarikat persendirian atau syarikat berkepentingan kerajaan(GLC) yang mana kerajaan dan individu persendirian berkongsi keuntungan atas usaha ini. Dengan ini sepatutnya Petronas haruslah menjadi BUMN, bukannya GLC. Keuntungan daripada industri ini harus perlu dikembalikan 100% kepada rakyat. Bukan milik kerajaan, syarikat atau mana-mana individu berkepentingan. Keterlibatan swasta dalam pemilikan industri milik umum tidak dibenarkan (haram) berdasarkan hadis (yang bermaksud) :
Tidak ada penguasaan (atas harta milik umum) kecuali bagi Allah dan Rasul-Nya.
(HR Abu Daud)

Tinggalkan jawapan